DCMavCNo_UXHk-1FUWacCOpWJNs


Segmen Topup 3 Hari Bersama AkuBahrain

on Thursday, June 20, 2013



http://www.akubahrain.com/2013/06/segmen-topup-3-hari-bersama-akubahrain.html


Jom join Segmen Topup dari akubahrain.com kali ke-2
Segmen ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai pada jam ini.
TAMAT pada pukul 11.59 malam bertarikh 22 Jun 2013.

SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow blog akubahrain.com termasuk Google +
(2) Buat entry bertajuk "Segmen Topup 3 Hari Bersama akubahrain"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah disediakan Oleh akubahrain.com pada entry korang

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [jujur] --> SINI, SINI dan SINI
(5) Letakkan url entry korang di blog ini --> akubahrain.com


HADIAH :
Cabutan Bertuah
RM5 x 6

SELAMAT MENYERTAI SEGMEN!

Apa Sebab Terbesar Blogger Berhenti Berblogging

on Wednesday, June 19, 2013


Apa Sebab Terbesar Blogger Berhenti Berblogging
Tiada pembaca

Kita berblogging untuk berkongsi idea, berkongsi pengalaman atau menjual sesuatu. Jika blog kita tidak mendapat perhatian pembaca atau tiada pembaca, maka ia adalah mustahil untuk mencapai matlamat berblogging dan ini adalah punca kebanyakan newbie mula ragu-ragu diri dan berputus asa.

Internet adalah tempat yang sangat besar, terdapat berbilion-bilion web maklumat, berjuta-juta blog dan anda sebahagian kecil daripada itu. Realistikkah jika anda menulis hanya beberapa post dan mengharapkan orang ramai akan berduyun-duyun datang kepada blog anda?

Pembaca blog mengambil masa, jika anda bernasib baik atau bijak anda mungkin mencapai pengunjung tetap dalam beberapa bulan, jika tidak ia akan mengambil masa bertahun. Kejayaan blog bukanlah suatu medan pecut, tetapi ianya bagaikan suatu larian marathon, dan anda perlu di dalamnya untuk jangka masa panjang. Jika ini adalah alasan anda untuk berhenti berblogging, saya ingin menggesa anda untuk berfikir tentang "bagaimana untuk meningkatkan trafik blog anda" sebelum menerima kegagalan.




  • Berapa banyak artikel yang telah anda tulis
  • Berapa lama blog anda
  • Adakah topik anda menarik
  • Bagaimana anda promote blog anda
  • Dimana anda promote blog anda


  • Kekurangan pengetahuan
    Kebanyakan orang boleh menulis kandungan yang baik tetapi meletakkan mereka dalam blog dengan cara yang menarik kepada orang ramai boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Kebanyakan blogger tidak dapat memikirkan titik permulaan. Mereka seolah-olah tidak mempunyai matlamat utama dalam fikiran mereka kerana mereka hanya berusaha untuk mendapatkan wang. Blogging adalah tentang perkongsian pengetahuan anda dan pandangan anda. Kita harus memastikan bahawa blog beliau adalah sentiasa dikemaskini.

    Tidak dapat "cash out" duit
    Ramai blogger baru telah datang menceburi dunia blog. Mereka berfikir bahawa blog adalah satu tugas yang mudah dan satu jalan pintas membuat duit. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ia hanya melalui kerja keras dan usaha yang konsisten.Blogging untuk wang adalah tidak mudah dan pastinya bukanlah satu proses yang cepat.

    Kepercayaan adalah apa yang anda perlukan. Percaya bahawa anda mampu memberi saingan di dalam dunia blog. Jika anda menulis blog untuk duit, nasihat yang terbaik mampu saya beri adalah menulis artikel anda dengan jujur, dan apabila saya berkata tentang jujur ​​bermakna anda sebenarnya perlu tahu perkara yang anda kaji dan tulis. Lama kelamaan orang akan mula untuk mempercayai pendapat dan cadangan anda, maka anda berpeluang untuk mendapatkan wang.


    Tidak mampu menjana idea dalam penulisan
    Blogger tidak mampu untuk berfikir, mengarang dan menulis walaupun hanya untuk pendahuluan. Abjad-abjad di atas keyboard ibarat melarikan diri dari anda. Akibatnya, blogger akan tertekan dan terus mengalah. Sedar atau tidak sebenarnya menulis memerlukan masa dan ketenangan. Jangan pernah sesekali menulis dalam keadaan tertekan, buntu dan marah. Ia akan mempengaruhi mutu penulisan anda, dan kebanyakan penulis yang menulis dalam keadaan begini akan menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak menggambarkan ciri-ciri penulisan yang baik. 


    INGATLAH
    Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja, semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

    Tips Kesihatan Bulan Ramadhan




    1. Sebelum Ramadan, umat Islam harus sentiasa berunding dengan doktor mengenai keselamatan berpuasa terutamanya bagi wanita yang berbadan dua.

    2. Bersahur. Memang diakui agak sukar untuk bangun pada awal pagi, tetapi disebabkan itulah ia mempunyai banyak faedah dan ganjaran. Ia akan membantu anda untuk bangun mengerjakan solat Subuh.Jangan makan terlalu banyak. Beri tumpuan kepada pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Jangan lupa makan buah kurma.

    3. Qailullah iaitu tidur sekejap sebelum waktu zohor

    4. Elakkan berbuka dengan nafsu. Ikut Sunnah, berbuka puasa sama ada dengan susu, air, atau jus buah-buahan. Kurma adalah yang terbaik

    5. Selepas magrib, barulah makan makanan yang berat yang sihat dan seimbang. Jangan makan terlalu banyak, dan pastikan minum lebih sedikit gelas air.

    6. Melakukan senaman ringan seperti berjalan selama 15-20 minit, adalah lebih baik dilakukan pada waktu petang.

    7. Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau senak.

    *Ramadan adalah masa yang terbaik untuk memulakan dan mengekalkan keseimbangan dalam hidup anda!

    Apa Alasan Lelaki Perlu Belajar Memasak

    Alasan Lelaki Perlu Belajar Memasak


    1. Ibu atau isteri anda tidak akan sentiasa di sisi

    Ibu atau isteri anda tidak akan selalu memasak untuk anda. Andai darurat ibu anda sakit, dan isteri anda baru melahirkan anak, andalah yang harus bertanggung-jawab untuk menyediakan makanan terhadap mereka.Sampai bila anda harus bergantung harapan pada orang lain dan sampai bila lagi anda mahu makan di luar.

    2. Wanita akan cair melihat kemahiran memasak anda

    Hati wanita ini sangat lembut. Mereka akan mudah tersentuh dan tersangkut apabila melihat anda memiliki ciri-ciri lelaki idamannya iaitu antaranya pandai memasak. Dan salah satu rahsia untuk memikat hati ayah dan ibu bakal mertua ialah masak untuk mereka. Cubalah .


    3. J I M A T 

    Lelaki amat sensitif apabila mendengar perkataan ini. Ini terbukti sesungguhnya pria atau lelaki lebih berjimat daripada wanita daripada banyak sudut terutamanya pemakanan. Mereka lebih mementingkan harga berbanding kualiti. Jadi, apabila anda pandai memasak, anda akan dapat lebih berjimat dan dapat menabung lebih untuk kebaikan masa hadapan.

    Selamat Menjalankan Ibadah Puasa - Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

    on Saturday, June 15, 2013



     Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa
    Nawaitu sauma ro din an ada i fardi Ramadhana, hazihi sanati lillah hi taala

     Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

    CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

    on Friday, June 14, 2013


    Salam... Bismlillahhhh..

    Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

    Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

    Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

    Langkah 1
    Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

    Langkah 2
    Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

    Langkah 3
    Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

    Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

    SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

    1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
    2) Badan terasa berat dan malas.
    3) Sukar mendapat jodoh.
    4) Badan terasa bisa-bisa.
    5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
    6) Sukar tidur malam.
    7) Sakit pinggang tanpa sebab.
    8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
    9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
    10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
    11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
    12) Bermimpi di tempat yang kotor.
    13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
    14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
    15) Bayi kerap menangis.
    16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
    17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
    18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
    19) Malas beribadat.
    20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
    21) Panas baran.
    22) Sikap berubah secara mendadak.
    23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
    24) Suka melakukan tabiat buruk.
    25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
    26) Kerap keguguran.
    27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
    28) Mengantuk bila dengar al-quran.
    29) Bermimpi seram yang menakutkan.
    30) Darah haid turun lebih 15 hari.
    31) Batuk yang berpanjangan.
    32) Selalu ditindih ketika tidur.
    33) Kuat berangan.
    34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
    35) Nafsu seksual yang melampau.
    36) Selalu melihat kelibat dirumah.
    37) Terasa diri selalu diperhatikan.
    38) Mandul.
    39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
    40) Melihat jin secara terus.
    41) Sakit mental atau gila.

    LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

    Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

    #copypaste#sharing is caring#

    Segmen Topup By Hakim Faiz

    Segmen Topup By Hakim Faiz
    Segmen Topup By Hakim Faiz
    Harap korang semua support and join ye. Dilancarkan beberapa hari saja

    Hadiah
    Topup RM5 x 4 Topup
    1. Buat entry yang bertajuk Segmen Topup By Hakim Faiz . Jangan lupa Follow blog ini

    2. Copy code di bawah ni dan paste ke ruangan Html post korang. Siapa tak reti guna copypaste coding entry, boleh tempek banner dan linkkan ke entry ini. Then, Publish.
    3. Dah siap? Tinggalkan entry di ruangan komen.
     
    JOM JOIN AJAK RAKAN-RAKAN
     

    Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah

    on Thursday, June 13, 2013


    ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

    jom join Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah yang julung-julung kali ini.
    click banner untuk join. Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah ini disponsor oleh Nurmujahidah, Niena Sofea, Sheda Ucu, Dunia Farisya, Cheek Eyka, Daily Dress, Nazlyizan, Putera Remaja dan JiwaRosak
    .

    PERKAHWINAN RAZALI HUSSAIN DAN NIK NOR AZLINA






    Pelakon razali hussain yang menamatkan zaman bujang beliau
    pada 7 jun 2013 bersama pilihan hidupnya nik nor azlina

    jumlah mas kahwin  sebanyak Rm120 dan
    wang hantaran sebanyak Rm13000

    Tahniah diucapkan kepada pasangan ini
     
     
    razali hussain,razali hussain bertunang,razali hussain bernikah,gambar perkahwinan razali hussain,gambar resepsi razali hussain
     
     razali hussain,razali hussain bertunang,razali hussain bernikah,gambar perkahwinan razali hussain,gambar resepsi razali hussain
     
     
     razali hussain,razali hussain bertunang,razali hussain bernikah,gambar perkahwinan razali hussain,gambar resepsi razali hussain
     
     
     

    Pemilik Blog Diwajibkan letak Identiti Sebenar Blogger ‘hantu’ diharamkan



    Artikel akhbar yang menarik perhatian hari ni. Kalau tengok tajuk, tertanya-tanya apa hal pulak ni… Maklum la, perkataan blogger tu dah menarik minat untuk membaca. Bila dah baca artikel penuh, Begini ceritanya…Kisah penulis blog yang menulis tanpa mendedahkan indentiti sebenar.. Dah baca ke kisah Blogger ‘hantu’ diharam ni?? Kalau belum jom baca kat link

    bh




    Blogger 'hantu' diharam
    Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.


    Hanya disebabkan segelintir blogger yang mencari pasal, habis semua blogger kena tempias… Takpelah, kita tunggu la bagaimana cara perlaksanaannya tu  nanti.. Habis la lepas ni…nampak gaya, ramailah penulis blog yang guna nama samaran akan terdedah identiti sebenar mereka

     -----

    Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

    Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

    Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

    Maklumat lanjut

    Seminar penampilan imej muslimah bersama Heliza Helmi



    Assalamualaikum




    "Seminar Penampilan Diri Muslimah" haruslah dihadirkan diri sekiranya ada masa. eh! so Malaysia Online Fashion Showcase 2013 event exclusively for muslimah bakal diadakan 30 June 2013 nanti. kepada yang tinggal berdekatan boleh lah menghadirkan diri ke sini. penyertaan masih dibuka dan yurannya tersangatlah berbaloi. 







    PENDAFTARAN MASIH DIBUKA! 
    - Seminar Penampilan Diri Muslimah
    - Forum Usahawan Hijab Online
    - Pameran & Peragaan Fesyen Hijab
    - Dan banyak lagi aktiviti menarik yang ada!




    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 013 2727 377 
    Yang lebih menarik Heliza Helmi menjadi selebriti undangan ke majlis ini. seperti yang sedia maklum Heliza Helmi merupakan role model untuk remaja muslimah sekarang. kecantikannya memang tidak dapat dipertikaikan dan cara berfeyen pun mengikut syariat islam. entri ini buktinya "Minaz Boutique dan Heliza Helmi".



     
    Pernah jumpa Heliza Helmi kat sini "Gambar comel Heliza Helmi sebagai duta cool blog". memang rugi siapa yang tak join, nak jumpa heliza dan belajar cara berfesyen boleh la. insyaallah korang akan dapat impak yang positif dalam hidup, banyak ilmu baru yang akan korang dapat dan belajar. comel heliza helmi pakai selendang kan? boleh terjah entri ini "Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab".
     Gambar comel Heliza Helmi sebagai duta cool blog
    Gambar comel Heliza Helmi sebagai duta cool blog
    Cara pemakaian shawl labuh dari Heliza Helmi hijab
     
     
     
    asilnya sangat sopan dan comel kan. Geram tengok Heliza Helmi yang berasal dari Terengganu ni. terima kasih Heliza kerana sudi ke Kelantan hari tu "Bicara Selebriti 1 Disember 2012".hehe jom tengok tutorial ini juga "Cara pemakaian tudung bawal" di atas .
     

    Nana Mahazan Hamil Anak Kedua

    on Wednesday, June 12, 2013



    nana


    Tahniah diucapkan kepada Nana Mahazan yang telah disahkan hamil. Berkongsi berita gembira ini bersama pengikutnya di akaun Instagram, Nana menjelaskan usia kandungan kini hampir mencecah 13 minggu.

    "Syukur.. I'm pregnant! Alhamdulillah.. Selepas setahun mencuba dan beribu kali org tanya, akhirnya Allah kurniakan rezeki utk saya dan MRB.. Hari ini saya 12 minggu 6 hari.. Baru lepas check up tadi dan baby alhamdulillah sihat dan membesar bagai johan.." katanya.

    Nana dijangka akan melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Disember kelak dan meminta peminat untuk mendoakan kesihatannya.

    Sumber Media Hiburan 

    Tips Untuk Blogger Baru



    Hai semua ..

    Kalau belum biasa dengan dunia blog ni. Tidak ada salahnya korang baca ye?


    Pertama. JANGAN GUNA BACKGROUND YANG BERANIMASI.
    Faham kan ape yang aku cakapkan? Maksud aku jangan guna background yang bergerak2. Nanti sakit mata orang tengok tau? saya sendiri pernah guna background yg bergerak2. yelaa..dulu memang tak pandai sangat berblog ini. Masih cetek pengetahuan. aku bukanlah nak kata belog aku sekarang ini kemas , tapi sekurang-kurangnya oklah jugak. tidak gitu? Contoh background bergerak @ beranimasi:








    Kedua. KORANG KENA PILIH WARNA TEMA UNTUK BELOG KORANG. pemilihan warna tema ini penting untuk menyejukkan mata pengunjung belog korang. Contohnya..macam aku ni la. aku pilih warna pink muda sebagai tema. korang pulak? sama ada purple ke. biru ke. hijau ke. suka ati korang la. yg penting mesti ada tema.

    Ketiga. KORANG MESTI PANDAI UPDATE ENTRY YANG BEST. yg ini la aku sendiri pun tak dapat nak buat. susah taw nak update entry yg best? tapi..apapun korang kena berusaha buat entry yg best kalau nak ramai followers. jangan asyik nak cerita tentang masalah peribadi. bukan korang popular pun sampai orang nak baca cerita peribadi korang tu. tak salah pun sebenarnya. kalau nak tulis tentang hal peribadi...silakan. tapi jgn suruh orang follow belog korang ya?

    Keempat. SELALU BLOGWALKING UNTUK MENAMBAH PENGALAMAN TENTANG DUNIA BLOG. cuba korang lawat setiap belog yang korang tahu. perhatikan cara dia tulis belog. cara ini sedikit sebanyak dapat bantu korang. ikut tutorial yg diorang bagi kalau korang rasa perlu.

    Kelima. JANGAN GUNA BANYAK SINGKATAN DALAM ENTRY. yang ni jgn sesekali korang buat. sakit mata i tengok taw? hihi. contohnya, yang jadi y. ehh..macam2 lagilah. tak kuasa aku nak tulis. kalau boleh guna full words. baru sedap mata nak pandang. kan?

    keenam. PASTIKAN KORANG ADA SHOUTBOX @ CHATBOX. yang ini penting supaya orang dapat beri komen tentang blog anda. Orang lain juga boleh tinggalkan apa2 pesanan untuk korang dengan mudah dan cepat, Daftar untuk chat box sekarang.! ala.. Senang aje itu. pergi link sini. chatbox.com

    Antara beberapa syarat yg korang kena patuhi. senang je kan? hihi. lepas belog korang siap dgn sempurna , jangan lupa komen yea ..

    Tips untuk Blogger yang Malas

    Tips untuk Blogger yang Malas





    3 Tips untuk Blogger malas.

    Motivasikan diri sendiri untuk berblogging.

    Kenapa aku malas blogging? Antara sebab aku menjadi malas adalah disebabkan hilangnya keghairahan atau keinginan untuk menulis blog. Tahap motivasi dalam diri aku ketika ini adalah sangat rendah. Ya itulah hakikatnya. Jadi kuncinya perlulah meningkatkan motivasi diri dahulu. Tapi bagaimana caranya? Salah satu cara adalah dengan membayangkan dengan berblogging mampu menghasilkan hasil pendapatan yang lumayan. Tetapi ianya bergantung kepada usaha yang dilakukan. Cara lain pula adalah berblogging untuk kepuasan diri sendiri. Pertimbangkan blog sebagai medium aktiviti rangkaian sosial. Ini pastinya boleh menjadi satu elemen motivasi yang menyeronokkan.

    Mencari idea-idea yang baik.

    Satu lagi faktor yang membuatkan diriku malas adalah disebabkan kekeringan idea. Menulis atau mengarang artikel mengenai subjek atau cerita-cerita yang sama kadangkala boleh membuatkan diriku diselubungi kebosanan. Jadi untuk atasinya, perlulah tanamkan minat dalam diri, mencari idea-idea baru dan mencurahkan usaha ke blog ini supaya blog ini makin subur berkembang. Jangkitan virus bosan ini membuatkan tumbesaran blog ini terbantut. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kekeringan idea. Idea boleh dicetuskan dengan pembacaan dari pelbagai sumber. Antara sumbernya adalah dengan membaca akhbar, majalah dan juga dengan membaca pelbagai jenis blog. Selain itu idea-idea blogging juga boleh tercetus dengan mengambil tahu info semasa melalui berita. Cuba libatkan diri dengan aktiviti luar atau aktiviti sosial bersama teman-teman atau keluarga. Secara tidak langsung banyak cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca blog.

    Menanam Impian Semula.

    Apa faktor yang mendorong aku mula menulis blog ini? Merenung sejenak mencari jawapan untuk persoalan ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan semangat aku supaya terus menulis blog ini. Setiap blog mula dibina dengan suatu impian. Makin besar impian, makin besarlah komitmen kita terhadapnya. Tabiat malas adalah pemusnah segala impian. Tanpa usaha… impian hanya sekadar mimpi.

    Tips Untuk Blogger Baru

    10 TIPS untuk didik anak menjadi SOLEH


    10 TIPS untuk didik anak menjadi SOLEH


    10 TIPS untuk didik anak menjadi SOLEH | Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

    Berikut adalah perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;

    1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

    Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;

    “Asas agama ialah mengenal Allah”.

    Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah. Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti dijauhi dari melakukannya?.

    Kita perlu memberitahu anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah. Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama, mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi, budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari firman Allah:

    “Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah: 256)

    Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah 'Lailahaillallah' Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.

    2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain

    Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;

    “Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)

    Solat adalah tiang agama. Menunaikan solat beerti menegakkan agama dan meninggalkannya beerti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala social. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri;

    “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar”. (al-Ankabut: 45)

    Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.

    Selain dari solat, kita juga wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya.

    3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita

    Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:

    “Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)

    Bagi anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang agama merangkumi;

    a) Ilmu aqidah

    b) Ilmu Ibadah

    c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)

    d) Ilmu tentang hati dan rohani

    e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim

    f) Ilmu untuk membaca al-Quran

    g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim

    Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat, tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.

    4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)

    Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;

    a) Membaca al-Quran di rumah

    Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

    “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)

    Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak berhimpun di rumah.

    b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah

    Sabda Rasulullah s.a.w.;

    “Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.)

    Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

    Antara solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani mereka.

    Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    “Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.)

    Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

    c) Hidupkan budaya memberi salam

    Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya;

    “Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)

    Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan kasih-sayang di dalam keluarga.

    Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;

    “Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

    d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

    Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka.

    5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau

    Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;

    “Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)

    Masjid adalah rumah Allah. Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)

    6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita

    Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah. Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia sebagaimana kata hikmah;

    ‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.

    Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini, antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’ dan sebagainya.

    Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam, ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.

    7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

    Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau batasan waktu.

    Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini, boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu? Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini. Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman syurga. Baginda bersabda;

    “Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

    8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan

    Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan. Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;

    “Seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

    Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa, pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana mereka adalah tanggungjawab kita.

    9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

    Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran iaitu;

    “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”. (as-Shaffat: 100)

    Atau doa;

    “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami (anak-anak soleh yang menjadi) penyejuk mata-mata kami (apabila melihatnya) dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang bertakwa”. (al-Furqan: 74)

    Selain itu, kita juga perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada anak-anak kita. Antara doanya ialah;

    “Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.

    Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.

    10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

    Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa.

    Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;

    “Ibrahim telah berpesan kepada anak-anaknya dengan agama itu (yakni Islam) dan (begitu juga) Yaakob (di mana mereka berkata kepada anak-anak mereka): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”. (al-Baqarah: 132).

    Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas:

    Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)


    5 TIPS memilih SAHABAT

    5 TIPS memilih SAHABAT


    5 TIPS memilih SAHABAT |

    1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

    2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

    3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

    4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

    5) Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

    Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


    Teduhan Kasih Oh Teduhan Kasih!


    Sedikit info pasal drama tu... Kepada kawan-kawan yang minat sesangat dengan drama itu.


    Sinopsis:
    "Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL
    Sampainya hati Ryzal, hanya keran kasihnya tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia menjatuhkan talak.
    Dan ketika aku merasakan aku sudah tidak ada siapa-siapa lagi di dunia dan jalan yang bakal ku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekaligus meletakkan akau diantara KEIKHLASAN dan KENANGAN SEMALAM.
    "Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapu yang berlaku , kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hati abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai satu keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki, tapi tolonglah fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN
    Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang ku cintai separuh nyawa juga mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Tapi aku tahu hanya pada Ehsan sahaja kami menumpang teduh.



    Para Pelakon:
    Sherry Ibrahim sebagai Iffa
    Ady Putra sebagai Ehsan
    Nabila Huda sebagai Ayu
    Shah Iskandar sebagai Ryzal
    Haaa.. kat sini letak antara pic yang menarik dari drama Teduhan Kasih
    Jangan lupa saksikan drama ni.. sure korang tak rugi punya ..

    My Blog List

     
    © Sub MHakim Faiz All Rights Reserved